KUD Kayuhan Santai @ Cyberjaya

Bersempena dengan penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) Putrajaya pada 17hb hingga 21hb Oktober, 2019, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menganjurkan KUD Kayuhan Santai @ Cyberjaya di Persiaran Floria, Cyberjaya pada 4hb Oktober,2019 (Jumaat) jam 8.00 malam.

Acara Kayuhan Santai ini akan terbuka kepada Warga semua Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), GLCs dan GLICs, Organisasi Awam dan Swasta, Kelab Kelab Rekreasi & Berbasikal dan orang ramai berumur 18 tahun ke atas. Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.

Peserta wajib membaca dan mematuhi syarat penyertaan dan bertanggungjawab di atas kesihatan, keselamatan dan harta benda masing-masing semasa mengambil bahagian.

Tarikh : 4hb Oktober, 2019
Masa : 8.00mlm
Lokasi : Persiaran Flora, Cyberjaya

  1. Yuran Penyertaan RM10 (Sepuloh Ringgit Malaysia sahaja) untuk seorang.
  2. Terbuka kepada rakyat Malaysia dan Luar Negara berumur 18 tahun keatas. Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.
  3. Peserta yang menyertai acara ini dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  4. Peserta perlu memastikan bahawa tahap kesihatan diri adalah baik dan berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara ini.
  5. Peserta perlu menggunakan basikal sendiri serta bertanggungjawab memastikan basikal tersebut selamat untuk digunakan dan berlampu depan dan belakang.
  6. Peserta WAJIB memakai Helmet semasa acara ini berlangsung. “No Helmet No Ride”.
  7. Peserta hanya dibenarkan menggunakan basikal jenis roadbike atau Mountainbike atau Foldie
  8. Semua peserta yang berdaftar layak untuk CABUTAN BERTUAH dan perlu menunjukkan Nombor Plat semasa mengambil hadiah.
  9. Peserta juga perlu menunjukkan Nombor Plat kepada urusetia semasa menuntut tshirt acara.
  10. Segala risiko adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan atau kematian serta kehilangan mahupun kerosakan harta benda sebelum, semasa dan selepas acara ini berlangsung.
  11. Pendaftaran peserta hanya dibenarkan melalui talian (ONLINE) sahaja. Pendaftaran awal diutamakan bagi 1,000 peserta sahaja untuk mendapatkan cenderahati Tshirt.
  12. Para peserta boleh mengambil nombor plat basikal pada hari Jumaat 4hb Oktober,2019 dikhemah Urusetia ditempat MULA/TAMAT di Persiaran Flora. Cybejaya. Bermula 6 petang.
  13. Peserta wajib berumur 18 tahun keatas pada hari Acara. Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.
  14. Keputusan Penganjur/Pengurus adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan di layan.

MULA DAN TAMAT DI PERSIARAN FLORA, CYBERJAYA.

Saiz hanya dri XS hingga 3XL sahaja.

Penganjur:

Kementeian Pembangunan Luar Bandar,

No. 47 Persiaran Perdana,

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan.

Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Tel No: +603 8000 8000 

Website: www.rurallink.gov.my

Di uruskan oleh:

Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia

(Malaysia Design Development Center),

22 Jalan Kia Peng,

50450 Kuala Lumpur. Malaysia.

Tel No: +603 2161 9002

Website: www.ddec.my


Registration Closed


Our Address

Checkpoint Spot (002438388-W)
No 40A, Jalan BRP 1/2,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Malaysia
 : info@checkpointspot.asia

Connect with us