Lipis Heritage Run 2020

“Lipis Heritage Run” adalah sebuah acara larian yang ingin memperkenalkan budaya, warisan dan tinggalan sejarah kepada para peserta. Daerah Lipis terletak di Barat Laut negeri Pahang dan merupakan daerah ketiga terbesar. Lipis juga merupakan bekas ibu negeri Pahang.

Sebuah daerah yang kaya dengan tinggalan sejarah dan sumber bumi. Walaupun pernah dilupakan seketika,kini daerah Lipis kembali mendapat suntikan untuk pembanguan sosio-ekonomi.

Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekita Bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina Kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir Kuala Lipis.

Acara ini akan membawa pelari melalui kawasan dan bangunan bersejarah. Jom sama sama menikmati keindahan Bandar Lipis.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 24 MEI 2020

Date : 21 Jun 2020
Time : 6.00AM
Venue : Dataran Orang Kaya Haji, Lipis, Pahang
Google Maps : https://goo.gl/maps/hvxcvrVa7rsKdhVh8

  • Personalizes Bib Number
  • Timing Chip (10KM only)
  • Event Tee
  • Refreshment
  • Lucky Draw
  • Insurance (Personal Accident)
  • E-cert
  • Awesome Experience

Kategori Pelajar Sekolah – 5KM
Kategori Terbuka – 10KM
Kategori Veteran – 10M

*Maklumat lanjut akan dimuat naik di FB Lipis Heritage Run*

TARIKH

MASA

PERKARA

20.06.20

9.00 AM -9.00 PM

  • Agihan kelengkapan larian kepada peserta. (REPC)
  • Program promosi dan jualan oleh PENAJA.
  • Persembahan

21.06.20

06.00 AM

Pendaftaran peserta

 

07.00 AM

Pelepasan Peserta 10KM

 

07.15 AM

Pelepasan Peserta 5KM

 

09.30 AM

Pelari akhir tiba.
Persembahan Kebudayaan

 

09.45 AM

Penyampaian Hadiah

 

12.00 PM

Majlis Bersurai

Date : 20 Jun 2020
Time : 9.00AM - 9.00PM
Venue : Dataran Orang Kaya Haji, Lipis, Pahang
Google Maps : https://goo.gl/maps/hvxcvrVa7rsKdhVh8

  1. Had umur minima bagi acara ini ialah 12 tahun,
  2. Sekiranya dibawa had umur diberikan, penjaga wajib memberi sepenuh perhatian kepada anak anak mereka.
  3. Penganjur berhak menutup pendaftaran sebaik sahaja mencapai jumlah peserta maksima.
  4. Penganjur berhak menolak penyertaan yang dirasakan perlu tanpa sebarang sebab.
  5. Penganjur berhak menghubungi peserta sekiranya memerlukan maklumat tambahan yang dirasakan perlu.
  6. Yuran penyertaan disifatkan tidak boleh dipulang kembali.
  7. Penggunaan bib yang tidak sah/ berbeza penama mengikut pendaftaran berhak dinafikan hak sebagai penamat.
  8. Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan dibawa bersama sewaktu acara.
  9. Kesihatan pelari adalah keutamaan kami, penganjur berhak meminta pelari berhenti sekiranya didapati keadaan peserta tidak sihat.
  10. Segala gambar/ video yang diambil oleh penganjur adalah hak mutlak penganjur.
  11. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Organizer Name  : Majlis Daerah Lipis
Contact No. : 09-312 1253 (Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap)
Email : lipisheritagerun@gmail.com




Our Address

Checkpoint Spot Sdn Bhd (1214741-M)
No 40A, Jalan BRP 1/2,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Malaysia
 : info@checkpointspot.asia

Connect with us