Stay safe and Fit
Let`s Running & Cycling with SAM

Event Info

ACARA LARIAN : 7KM
ACARA KAYUHAN : 20KM
TARIKH-TARIKH PENTING:
TEMPOH PENDAFTARAN:  18 JULAI SEHINGGA 8 OGOS
TEMPOH LARIAN: 18 JULAI SEHINGGA 8 OGOS
HANTAR KEPUTUSAN: BERMULA: 18 JULAI SEHINGGA 8 OGOS

Category

Category Fee
20KM - Ride RM 15
7KM - Run RM 15

Race Entitlement

Category

Entitlements

20KM - RIDE 

E-bib,ecert

7KM -RUN

E-bib,ecert

Terma dan Syarat

  1. SAM VIRTUAL RUN & RIDE 2021 dianjurkan oleh SAM ( Persatuan penulis-penulis sukan Malaysia.
  2. Acara Larian dan kayuhan ini dibuka kepada semua .
  3. Acara larian dan kayuhan ini adalah berkonsepkan `Fun run and ride`. Tiada istilah pemenang
  4. Jarak acara larian adalah 7KM dan acara kayuhan adalah 20KM.
  5. Untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini, peserta diminta untuk mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi aktiviti riadah, terutamanya bagi kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  6. Untuk Pendaftaran, peserta dikehendaki untuk mengemukakan maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap.
  7. Pengesahan penyertaan akan dibuat oleh pihak penganjur apabila menerima bukti resit pembayaran.
  8. Slip pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan beserta slip E-bib setelah pembayaran berjaya dibuat. Sekiranya slip pengesahan tidak diterima dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran, peserta harus memaklumkan kepada pihak penganjur.
  9. Setelah pendaftaran berjaya, sebarang pertukaran butiran termasuk kategori akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM30.
  10. Tiada pemulangan yuran pendaftaran kepada semua peserta yang telah berjaya mendaftar.
  11. Semua peserta boleh berjalan, berkayuh atau berlari di mana-mana tempat yang selamat, pada bila-bila masa di antara 18 JULAI SEHINGGA 8 OGOS
  12. Peserta perlu merekodkan aktiviti menggunakan apa-apa jenis aplikasi larian (strava, Garmin, Fitbit, Samsung app, dan sebagainya) dan menghantar butiran screen shot tracking device sebagai bukti larian. Sekiranya peserta menggunakan treadmill, peserta boleh menghantar gambar paparan skrin treadmill yang menunjukkan jumlah jarak dan masa aktiviti yang telah dilakukan, sebagai bukti larian.
  13. Peserta BOLEH MEMBAHAGIKAN JARAK LARIAN dan KAYUHAN sebanyak beberapa kali (maksima 7 kali) selagi jarak terkumpul mencapai jarak kategori larian ATAU kayuhan yang dipilih. Tiada cut off time bagi semua kategori larian dan kayuhan.
  14. Peserta boleh memuat naik keputusan dan bukti larian pada bila-bila masa semasa tempoh larian (18 JULAI SEHINGGA 8 OGOS).
  15. Semua keputusan perlu dimuatnaik di website checkpointspot – result – event -submit.
  16. Ecert dan Ebib akan diberikan kepada peserta yang berjaya mendaftar larian dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan.
  17. Peserta mestilah mempunyai tahap kecergasan yang layak untuk menyertai acara ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau kecelekaan yang berlaku semasa menyertai acara larian virtual ini.
  18. Warna, reka bentuk dan bahan pembuatan barang dagangan mungkin berbeza daripada ilustrasi dan boleh berubah tanpa notis.
  19. Bayaran pendaftaran adalah dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).
  20. Pihak penganjur boleh menghubungi peserta pada bila-bila masa melalui emel atau pesanan teks. Segala notis yang dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan dengan penganjur akan dianggap telah diterima oleh peserta. Sekiranya peserta memberikan maklumat yang tidak tepat, tidak benar, tidak terkini dan tidak lengkap, atau penganjur berhak untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut tidak tepat, tidak benar, tidak terkini atau tidak lengkap, penganjur boleh menamatkan atau memansuhkan pendaftaran dan bayaran peserta tidak akan dikembalikan.
  21. Sekiranya terdapat pemulangan bungkusan hantaran atas apa-apa sebab atau atas permintaan peserta, pihak penganjur akan mengatur penghantaran semula tetapi caj penghantaran akan ditanggung oleh peserta.
  22. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat acara pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Organiser Information

Any inquiry :-

www.wasap.my/+60147468568

Organizer by : Sportswriters Association of Malaysia

Facebook link : https://www.facebook.com/RunningeventMy/?ref=pages_you_manage