Penganjuran Program Larian Maya Sejauh 3Km, 5Km dan 10Km. Bersempena Sambutan Hari Guru 2022 Pada 16 Mei 2022. Ini Merupakan Penganjuran Tahun Ke 2 Bagi Membantu Pelajar Untuk Mendapatkan Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

Event Info

Teachers Day Virtual Run 2.0 2022
Teachers Day Virtual Run 2.0 2022

Yuran & Entitlement

Teachers Day Virtual Run 2.0 2022

T-Shirt & Size Measurement

Teachers Day Virtual Run 2022
Teachers Day Virtual Run 2022
Teachers Day Virtual Run 2022

Medal Design

Teachers Day Virtual Run 2021

Cabutan Bertuah

Teachers Day Virtual Run 2.0 2022

E-Bib

Teachers Day Virtual Run 2.0 2022

E-Cert

Teachers Day Virtual Run 2.0 2022

How to submit Result

Teachers Day Virtual Run 2022

Terms & Conditions

Pengenalan

  1. Program Teacher’s Day Virtual Run 2.0 2022 ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi sihat
  2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warga pendidik dan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan pelajar tahun 4 ke atas.
  3. Bagi peserta yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran dan sentiasa dibawah pengawasan ibu bapa semasa mendaftar dan juga sewaktu melaksanakan aktiviti larian.
  4. Dengan mendaftar melalui portal yang disediakan pihak penganjur akan mengandaikan bahawa kebenaran telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga untuk menyertai program ini.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 15hb April 2022 dan akan berakhir pada 31hb Mei 2022.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  3. Antara kategori yang di tawarkan adalah 3Km, 5Km dan 10Km.
  4. Bagi pendaftaran yang melebihi dari seorang peserta dalam 1 slip pembayaran yang sama dan menggunakan alamat yang sama, caj penghantaran akan dikenakan sekali sahaja untuk maksimum 3 peserta.
  5. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  6. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
  7. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz sewaktu penghantaran.
  8. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24jam daripada penghantaran email pengesahan.

Aktiviti Larian

  1. Aktiviti larian boleh mula dilaksanakan bermula 16 Mei 2022 sehingga 20hb Jun 2022
  2. Sijil penyertaan akan memaparkan jumlah jarak larian dan juga masa yang diambil bagi mengikut kategori yang didaftarkan.
  3. Semua peserta hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti penjarakan sosial dan kebersihan diri sepanjang perlaksanaan aktiviti dilakukan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran terhadap mana – mana peraturan dan undang – undang oleh peserta. SOP perlaksanaan aktiviti boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Belia & Sukan di http://www.kbs.gov.my/sop-sukan-rekreasi.html
  4. Peserta juga hendaklah memastikan pelaksanaan aktiviti di laksanakan di kawasan yang sesuai dan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  5. Peserta boleh memiliih untuk melakukan larian secara fizikal atau melakukannya diatas ‘Treadmill’ di gymnasium dan juga di kediaman masing masing.
  6. Aktiviti larian boleh dilaksanakan secara sekali gus atau berkala mengikut kesesuaian masa dan kemampuan peserta.
  7. Peserta boleh menggunakan mana - mana aplikasi pengiraan Langkah, larian, serta tekapan papan muka skrin ‘treadmill’ untuk tujuan muatnaik laporan pelaksanaan aktivti.
  8. Setiap peserta hendaklah memuatnaik laporan pelaksanaan aktiviti ke ruangan ‘Result Submission’ yang disediakan di portal pendaftaran.
  9. Laporan pelaksanaan aktiviti boleh di muat naik secara terkumpul keseluruhan aktiviti ataupun secara berperingkat mengikut tarikh pelaksanaan aktiviti.
  10. Penganjur berhak untuk tidak mengiktiraf mana – mana laporan pelaksanaan aktiviti yang mencurigakan dan membatalkan aktiviti tersebut.
  11. Hanya peserta yang menamatkan larian mengikut kategori masing- masing dalam tempoh masa yang ditetapkan layak menerima E-sijil penamat.
  12. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.

Penghantaran Kit Larian

  1. Penghantaran kit larian akan mula bermula pada 15 Jun 2022
  2. Sekiranya terdapat pemulangan bungkusan kit larian yang gagal diserahkan atas apa jua sebab penganjur hanya akan menguruskan penghantaran semula bungkusan tersebut atas permintaan peserta dengan caj penghantaran yang akan ditanggung oleh peserta.
  3. Bagi kit larian yang gagal diserahkan dan gagal di tuntut selepas 30hb Julai 2022. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
    • 1x Tv
    • 3x Tablet
    • 3x Basikal
    • 3x Komputer Riba
    • 1x Telefon Pintar
    • 20x Bag Komputer Riba
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sesi cabutan bertuah atas talian adalah dirancangkan pada 1hb Julai 2022. Walaubagaimanapun penganjur berhak meminda tarikh tersebut mengikut kesesuaian keadaan dan masa penganjuran program.
  5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.
  6. Hadiah cabutan bertuah akan diserahkan kepada peserta dalam tempoh 30 hari dari tarikh cabutan dilakukan.

Lain-Lain

  1. Pihak penganjur akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan PAJSK selepas tamat tempoh penyertaan.
  2. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk mengubah suai dan menggantikan terma dan syarat – syarat ini pada bila – bila masa tanpa sebarang keperluan atau kewajipan notis kepada peserta.
  3. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03 4265 3012, 014 234 5993, 019 269 0094 dan 017 6157019.

Organizer

Organized by : PERTUBUHAN NADI SIHAT
Tel No. : 0342653012
Email : nadisihatofficial@gmail.com

gtag('config', 'UA-159314413-1');